fbpx

Fernandes rasai bahagia dalam tangisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (tengah) kelihatan kecewa selepas United dibolosi gol kedua ketika tewas 2-4 kepada Liverpool pada aksi EPL di Stadium Old Trafford awal pagi tadi. - AFP

MANCHESTER – Pemain tengah sensasi Manchester United, Bruno Fernandes mengakui perasaannya bercampur baur selepas menyaksikan pasukannya tewas 2-4 kepada Liverpool di Stadium Old Trafford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Kata Bruno, barisan pemain perlu menjadikan kekalahan itu sebagai pengalaman berharga selepas melakukan banyak kesilapan mudah dengan membuka ruang dan peluang buat The Reds menguasai perlawanan.

“Kami telah menggunakan taktikal yang diarahkan oleh pengurus pasukan (Ole Gunnar Solksjaer) dengan memberi tekanan buat pasukan Liverpool dan ia berjaya pada 45 minit pertama.

“Namun, momentum itu gagal diteruskan apabila pasukan lawan mudah melakukan serangan balas pantas selepas melihat banyak ruang terbuka khususnya di bahagian pertahanan.

“Justeru, saya harap kami menjadikan kekalahan ini sebagai pengalaman untuk bangkit mengharungi baki saingan musim ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fernandes mengakui teruja apabila diberi kepercayaan untuk memakai lilitan kapten buat kali pertama selepas tonggak pertahanan, Harry Maguire tidak diturunkan ekoran kecederaan.

“Semua orang tahu penghargaan tertinggi sebagai pemain kelab ini adalah apabila diberi tanggungjawab menjadi kapten pasukan. Ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan kerana menjadi antara detik terbaik sepanjang karier saya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI