fbpx

Dua gempa bumi gegar Sumatera Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua gempa bumi tersebut berukuran 7.2 dan dan 5.2 pada skala Richter. – Suara.com

JAKARTA – Dua kejadian gempa bumi menggoncang wilayah Sumatera Utara hari ini dengan setiap gempa berukuran 7.2 dan 5.2 pada skala Richter, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Gempa pertama berlaku sekitar pukul 1.33 tengah hari (waktu tempatan) pada kedalaman 19 kilometer (km) dan berpusat 141 kilometer ke arah barat daya Nias Barat.

Ini diikuti gempa susulan pada pukul 2.16 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 km.

“Kejadian gempa itu tidak berisiko mencetuskan tsunami,” tulis Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) di Twitter.

Berdasarkan maklumat media tempatan, gegaran kuat dapat dirasakan di Nias dan daerah sekitarnya termasuk Karo, Tapanuli Selatan, Mandailing Natal dan Padang Sidempuan.

“Air kelihatan berkocak dan gegaran terasa amat kuat. Tempoh masa (gegaran) juga agak lama iaitu sekitar 40 saat,” ujar seorang penduduk.

Sehingga kini, tiada laporan yang mengatakan terdapat sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa akibat kedua-dua kejadian tersebut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI