fbpx

Bahang api selamatkan dua beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah di Taman Perumahan Kos Rendah Peringkat 3 dan 4 di Jerantut musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Oleh  ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

JERANTUT – Dua beranak nyaris maut selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Perumahan Kos Rendah Peringkat 3 dan 4 di sini awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing.

Zahari Ariffin,60, berkata, semasa kejadian dia tidur di bilik hadapan manakala anak lelakinya tidur di bilik belakang.

“Saya tidak sedar kejadian kebakaran dan hanya tersedar selepas berasa bahang panas sebelum segera mengejutkan anak yang tidur di biliknya,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya sebaik menyedari api sudah marak di bahagian hadapan rumah dia terus mendapatkan kunci pintu belakang dan keluar bersama-sama anaknya.

Katanya, dia anaknya tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jerantut, Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal berkata, kejadian kebakaran itu menyebabkan rumah berkenaan musnah 80 peratus.

Selain itu katanya, sebuah kereta jenis Proton Waja dan sebuah motosikal jenis Demak turut musnah dalam kejadian itu.

“Bomba yang menerima panggilan pada pukul 4.29 pagi sampai ke tempat kejadian tiga minit kemudian berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada pukul 7.30 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI