fbpx

Ancelotti kekal positif kedudukan enam teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANCELOTTI menggesa anak-anak buahnya memburu kemenangan pada baki tiga perlawanan EPL selepas hanya seri 0-0 dengan Aston Villa pada aksi EPL di Villa Park awal pagi semalam. - AFP

BIRMINGHAM – Pengurus Everton, Carlo Ancelotti masih positif pasukan itu mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok enam teratas selepas seri tanpa jaringan dengan Aston Villa di Villa Park awal pagi tadi.

Meskipun melancarkan serangan bertali arus, namun The Toffees gagal untuk menembusi pintu gol Villa yang dikawal rapi penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Justeru, keputusan itu menyaksikan Everton kini menghuni tangga kelapan dengan mengumpul 56 mata, dua mata dibezakan dengan West Ham United yang berada di kedudukan keenam.

“Kami hanya mendapat satu mata dan sudah tentu saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Bagaimanapun, saya tetap gembira dengan aksi yang ditampilkan semua pemain.

“Villa bukanlah pasukan yang mudah dikalahkan dan sukar untuk menang di sini. Kami sudah cuba yang terbaik, namun tuah tidak menyebelahi kami hari ini,” ujar Ancelotti.

Pengendali dari Itali itu turut menggesa pemain-pemainnya memenangi kesemua baki tiga perlawanan menentang Sheffield United, Wolverhampton Wanderers serta juara liga, Manchester City.

“Saya tetap positif dan kami masih ada peluang untuk melayakkan diri ke saingan Eropah musim depan. Selepas ini, kami ada dua aksi di laman sendiri dan harap ia dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI