fbpx

Mayat pekerja pam pasir ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa lemas yang ditemukan di tepi Sungai Karak di Bentong semalam.

BENTONG – Mayat seorang lelaki warganegara asing yang hilang dihanyutkan arus deras Sungai Karak dua hari lalu ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Shahin, 38, ditemukan pasukan bomba kira-kira pukul 9 pagi semalam.

“Mayat mangsa ditemukan tersangkut di tepi sungai kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian.

“Berdasarkan keadaan mayat tiada kecederaan ditemukan dan mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat,”katanya di sini hari ini.

Selasa lalu seorang lelaki warga asing hilang selepas dihanyutkan arus deras Sungai Karak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa sedang melakukan kerja penyediaan tapak pam pasir di sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus deras. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI