fbpx

Suspek tikam mati bekas abang ipar direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 32 tahun yang dipercayai telah menikam mati bekas abang iparnya dalam kes perebutan anak di Jalan Berangan Enam, Umbai, Melaka semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

MELAKA – Suspek lelaki yang melarikan diri dalam kejadian menikam mati bekas abang iparnya membabitkan isu perebutan anak di Jalan Berangan Enam, Umbai berjaya diberkas semalam dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 20 Mei itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Lee Kim Keat terhadap suspek berusia 32 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang memakai baju lokap tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.15 pagi dengan diiringi lebih tiga anggota polis dan permohonan reman selesai kira-kira 20 minit kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, suspek yang juga penganggur berjaya diberkas kira-kira pukul 6.30 petang semalam, di hadapan Masjid As-Salimin KM8, Kampung Kandang.

“Ketika serbuan dibuat, suspek cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada unit Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

“Hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, senjata yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut bagaimanapun tidak ditemui dan pihaknya sedang mengesan bahan bukti tersebut.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang ejen Coway maut selepas ditikam oleh bekas adik ipar yang mengamuk ingin mengambil dua orang anak perempuannya di Jalan Berangan Enam, Umbai di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, suspek yang mempunyai rekod lampau dadah bertindak melarikan diri selepas kejadian dan diburu pihak polis.

Suspek dikatakan telah datang ke rumah bekas isterinya dalam keadaan mengamuk ingin mengambil dua orang anak perempuan berusia 7 dan 10 tahun.

Suspek yang dipercayai turut membawa pisau sepanjang anggaran enam inci cuba ditenangkan oleh mangsa, namun berlaku pergelutan sehingga dia bertindak menikam bekas abang iparnya itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI