fbpx

Israel lancar serangan darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamas telah menembak 1,600 roket ke Israel ketika IDF tmerangka strategi untuk pencerobohan darat itu. - AFP

TEL AVIV – Tentera Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa tentera daratnya kini menyerang Genting Gaza ketika kebimbangan Rejim Zionis akan menakluki wilayah Palestin tersebut.

IDF bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada tentera daratnya telah melintasi sempadan atau sebaliknya.

“Tentera darat dan udara Israel kini menyerang Genting Gaza. Butiran lanjut akan diumumkan nanti,” kata IDF dalam satu pengumuman di Twitter sejurus selepas tengah malam semalam (waktu tempatan).

Bagaimanapun, menurut laman berita RT, pasukan artileri, kereta kebal dan tentera darat masih belum menceroboh sempadan Gaza.

Terdahulu, Israel dilaporkan memanggil 9,000 anggota pasukan simpanan bagi menguatkan angkatan tenteranya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamas telah menembak 1,600 roket ke Israel ketika IDF merangka strategi untuk pencerobohan darat itu.

Israel mengancam untuk menyerang Gaza dan telah membunuh sekurang-kurangnya 11 pemimpin Hamas.

Sekurang-kurangnya 109 warga Palestin dilaporkan maut dalam keganasan setakat ini termasuk 28 kanak-kanak.

Enam warga Israel, termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun, juga terbunuh, kata pegawai perubatan dengan lebih daripada 580 orang cedera. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI