fbpx

Kes terus meningkat 4,855 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 baharu hari ini terus meningkat ke angka 4,855 menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kini 458,077 kes.

Pada masa sama, pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat dengan 41,582 kes manakala, sebanyak 481 pesakit positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 247 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan angka tertinggi dengan 1,783 kes diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 521 kes dan Johor sebanyak 467 kes.

“Seterusnya ialah Sarawak (395 kes), Pulau Pinang (395 kes), Kelantan (339 kes), Perak (302 kes), Kedah (193 kes), Terengganu (148), Negeri Sembilan (100), Melaka (67 kes), Sabah (76 kes) dan Pahang (50 kes).

“Putrajaya pula dengan sembilan kes, Labuan (empat kes) dan  Perlis pula tiada kes baharu,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, terdapat 27 kes kematian melibatkan lapan kes di Selangor, lima kes di Johor, tiga kes di Kelantan, masing-masing dua (2) di Sabah, Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang serta masing-masing satu kes di Perak, Pahang dan Labuan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI