fbpx

Pelajar UniSZA dijamu juadah raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelajar UniSZA yang tidak pulang ke kampung mengambil juadah raya masing-masing pada pagi 1 Syawal ini.

KUALA NERUS – Walaupun tidak dapat pulang ke kampung halaman, 450 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini tetap menikmati juadah raya pada pagi 1 Syawal yang diagihkan pengurussn universiti hari ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UniSZA, Prof. Dr. Mohd. Afandi Salleh berkata, pemberian juadah raya tersebut demi menjaga kebajikan pelajar yang terpaksa di kampus.

Beliau berkata, agihan juadah raya berkenaan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) norma baharu terutama mengutamakan penjarakan fizikal.

“Sebelum ini, seramai 2,300 pelajar UniSZA telah pulang ke kediaman masing-masing. Baki pelajar yang tinggal ini kita raikan juga tanpa sebarang majlis.

“Antara juadah disediakan untuk mereka nikmati ialah nasi beriyani, nasi minyak, sate, ketupat dan kuih-muih,” katanya ketika ditemui di kampus UniSZA di sini hari ini.

Makanan itu turut disumbangkan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Sementata itu, Mohd. Afendi berkata, kesemua pelajar terbabit sentiasa mengemaskini sistem penilaian risiko kesihatan menerusi aplikasi dibangunkan UniSZA.

Menurut beliau, suasana di kolej kediaman tetap ceria dengan kebajikan pelajar menjadi keutamaan UniSZA sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Mereka bebas beriadah seperti berjoging mengikut SOP terkini dan kita juga telah meningkatkan capaian Internet di kawasan kampus,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI