fbpx

Solat sunat Aidilfitri ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Negara pagi tadi. Foto oleh AMIR KHALID

PETALING JAYA – Solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada pagi 1 Syawal di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengehadkan jemaah berkapasiti yang dibenarkan dengan kehadiran 50 orang semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara (PKP).

Sementara itu, di Surau Utama Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama petugas Istana Negara.

Pasangan diraja itu berangkat tiba di surau tersebut pada pukul 9 pagi bersama anakanda baginda, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Solat sunat itu dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan disertai 50 anggota jemaah yang terdiri daripada pegawai serta petugas Istana Negara.

Solat sunat berkenaan dilaksanakan mengikut garis panduan ketat PKP seperti ditetapkan MKN termasuk penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka ketika solat.

Khutbah Aidilfitri yang bertajuk ‘Aidilfitri Dirai, Norma Baharu Diinsafi’ dibacakan Pengawai Agama Istana Negara, Munir Md. Salleh yang antaranya menyeru umat Islam seluruh negara agar tabah menghadapi ujian pandemik Covid-19, selain mengingatkan masyarakat supaya mematuhi SOP.

Ini adalah kali kedua Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat sunat itu di Istana Negara berikutan pelaksanaan PKP di seluruh negara pada tahun lalu dan tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI