fbpx

Laporte pilih untuk wakili Sepanyol pada Kejohanan Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAPORTE memilih untuk mewakili negara Sepanyol pada Kejohanan Euro 2020 selepas mendapat kerakyatan negara tersebut semalam.

MADRID – Pemain pertahanan Manchester City, Aymeric Laporte bakal mewakili pasukan Sepanyol pada Kejohanan Euro 2020, Jun depan selepas permohonan kerakyatannya telah diluluskan semalam.

Sebagai rekod, Laporte merupakan pemain kelahiran Perancis tetapi masih belum membuat sebarang kemunculan kompetitif bersama skuad Les Bleus sehingga kini.

Menurut sumber Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF), Laporte yang juga bekas pemain Athletic Bilbao berada dalam radar pengendali pasukan, Luis Enrique dan dijangka tersenarai dalam skuad ke Euro 2020 nanti.

Malah, Laporte yang kini berusia 26 tahun telah berkelana ke Sepanyol sejak 2010 dan proses permohonan kerakyatannya berjalan dengan mudah memandangkan datuknya mempunyai darah Basque yang juga salah satu wilayah besar di Sepanyol.

Tonggak pertahanan itu berhijrah dari Bilbao ke City pada Januari 2018 dengan rekod perpindahan sebanyak £57 juta (RM332.3 juta) dan berjaya membantu The Citizens menjulang tiga trofi Liga Perdana Inggeris.

Sepanyol kini memburu gelaran Euro ketiga dalam sejarah negara itu sejak memenangi edisi 2008 dan 2012. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI