fbpx

Sebarkan kekejaman Israel – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA Arshad

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, menyeru masyarakat menyebarkan berita kekejaman rejim Israel di media sosial supaya seluruh dunia melihat keganasan dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Pemilik nama sebenar Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, itu tidak mampu menyembunyikan kesedihan dengan nasib penduduk Semenanjung Gaza yang berdepan serangan udara Israel serta kebiadapan mereka.

“Mungkin agak mustahil untuk kita membantu rakyat Palestin secara fizikal tetapi kita perlu sentiasa titipkan doa dan terus sebarkan keganasan yang berlaku di bumi Islam sekarang.

“Biar dunia sedar tentang kekejaman yang berlaku di bumi Palestin dan negara lain yang ditindas. Bukan hanya kes George Floyd yang wajar didengari tetapi jutaan kes lain.

“Semoga Allah lindungi kita semua daripada kejahatan,keganasan, kesengsaraan dan dunia kembali sejahtera,” katanya menerusi laman sosial Instagram.

Terdahulu kebanyakan masyarakat dunia mengutuk tindakan tentera rejim Israel melakukan serangan udara Semenanjung Gaza pada 10 Mei lalu yang mengakibatkan kematian dan termasuk kanak-kanak.

Malah sebelum itu sudah berlalu pencerobohan berterusan rejim berkenaan terhadap rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa.

Pada masa sama, tindakan kejam terbabit urut membabitkan pengusiran terhadap rakyat Palestin yang tinggal di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

Sementara itu, Uyaina turut meluahkan rasa bersalah melihat perbandingan dengan situasi semasa di negara ini yang rata-rata marah hanya disebabkan tidak dibenarkan pulang ke kampung berhari raya.

“Rasa bersalah apabila berbuka kita ada banyak makanan tidak terhingga siap boleh berbuka di hotel mana, sedangkan mereka sudah berhari (atau mungkin minggu) berbuka dengan duka dan air mata.

“Rasa bersalah bila dua tiga mingg nak raya kita sibuk shopping sakan. Online shop tudung, baju, telekong, kuih raya dan sebagainya, sedangkan mereka belum tentu bertemu Syawal.

“Rasa bersalah bila kita marah sebab tak boleh balik kampung sebab PKP, tapi mereka kehilangan orang tersayang kerana bom di sana sini. Kita yang tak mengalami tak bermakna kita tak merasai,” katanya.

Selain Uyaina, beberapa selebriti lain turut mengutuk serangan berkenaan termasuk Faizal Tahir, Lisa Surihani, Sherry Al-Hadad, Mizz Nina, Heliza Helmi Dan Fedtri Yahya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI