fbpx

[KEMASKINI] Bapa temui mayat anak di dasar kelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang ditemui di dasar Sungai Semerak diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto IHSAN BOMBA TOK BALI

PASIR PUTEH – Mayat seorang kanak-kanak warga Kemboja yang dikhuatiri terjatuh ketika bermain di sekitar kawasan kelong ternakan ikan air tawar di Sungai Semerak di sini ditemui kira-kira 25 meter dari lokasi mangsa hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan Ahmed Mazdan Jusoh berkata, mayat, Saini Omar,4, ditemui di dasar kawasan kelong itu oleh bapanya, Omar Zaini, 30, yang menyelam untuk mencari anaknya pada pukul 8.30 malam.

Saini

Katanya, tindakan nekad itu dilakukan oleh bapa mangsa ketika anggota bomba dan penyelamat menghentikan sementara operasi mencari dan menyelamat untuk berbuka puasa.

“Mangsa ditemui oleh bapanya di dasar sungai berkenaan berhampiran kelong bersebelahan.

“Anggota bomba menyelesai prosedur mencari dan menyelamat dengan menyerahkan mangsa yang ditemui itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Ahmed Mazdan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini untuk proses bedah siasat.

Kosmo! Online hari ini, melaporkan Saini dikhuatiri hilang sewaktu dia bermain sendirian di kawasan kelong yang juga menjadi tempat tinggal keluarganya kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI