PETALING JAYA – Kerajaan mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas sekian lama menempuh alam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Untuk melaksanakan PKP seperti ini, ia bukan pilihan bagi sesebuah negara tetapi disebabkan pandemik yang semakin membimbangkan, langkah ini terpaksa diambil demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
“Justeru, dalam tempoh PKP, kerajaan mengingatkan orang ramai untuk sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan terutama ketika Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk menjaga kebersihan diri sepanjang perayaan.
“Janganlah sesekali kita leka kerana kealpaan akan menyebabkan kesan yang negatif.
“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Maaf Zahir dan Batin. Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan,” jelasnya. K!- ONLINE.