fbpx

Budak warga Kemboja dikhuatiri lemas dalam kelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengesan kanak-kanak warga Kemboja yang dikhuatiri lemas di dalam kelong di Sungai Semerak di Pasir Puteh hari ini. Foto TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Seorang kanak-kanak warga Kemboja berusia empat tahun dikhuatiri lemas ketika dia sedang bermain di sekitar kawasan kelong ternakan ikan di Sungai Semerak di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Saini Omar didapati hilang sewaktu dia bermain sendirian di kawasan itu yang juga menjadi tempat tinggal keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan Ahmed Mazdan Jusoh berkata, siasatan mendapati, sewaktu kejadian, bapa mangsa, Omar Zaini, 30, berada di ruang tengah kelong manakala isterinya, Tijah Imaran, 26, berada di ruang dapur untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.

Katanya, berdasarkan keterangan, pasangan suami isteri itu dipercayai telah lama bekerja di atas kelong itu.

“Kanak-kanak itu dipercayai lemas dan hilang di kawasan kelong yang terletak kira-kira 50 meter dari daratan dengan kedalaman air lebih dua meter.

“Bagaimanapun, tiada seorang saksi yang melihat kejadian itu yang boleh dikaitkan dengan kehilangan mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI