fbpx

PDRM siasat aduan salah laku pegawai kanannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri Yahya

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka siasatan berhubung dakwaan berlakunya salah laku dan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai kanan berpangkat Deputi Komisioner.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya telah menerima beberapa aduan berhubung salah laku dan salah guna kuasa melibatkan pegawai tersebut.

“JIPS Bukit Aman telah menerima beberapa aduan berhubung salah laku serta salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai kanan polis dan sehubungan itu, JIPS telah memulakan siasatan ke atas semua aduan yang diterima secara menyeluruh dan telus.

“Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat keterangan yang menjurus kepada wujudnya apa-apa salah laku dan salah guna kuasa pegawai kanan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, PDRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis yang terlibat dalam sebarang penyelewengan, salah laku dan salah guna kuasa.

Terdahulu, tular satu muat naik di laman Facebook yang mendakwa pegawai kanan polis tersebut melindungi sindiket perjudian, penyeludupan dan kongsi gelap di Sarawak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI