fbpx

Kementerian Luar Bandar ucap Selamat Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Latiff.

PETALING JAYA – Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok, Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, beliau mewakili seluruh warga kerja Kementerian Pembangunan Luar Bandar ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

“Dari Mersing ke Putrajaya, singgah ke Melaka mencari santan, satu Syawal kita beraya, di hari lebaran kita bermaaf-maafan.

“Sambutlah untuk kali kedua supaya kita dapat bersama-sama membantu negara membendung penularan wabak Covid-19 dan sentiasa lindung diri serta lindung semua,” katanya menerusi sebuah video berdurasi 58 saat.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Syawal tetap akan diraikan namun sambutlah secara sederhana.

“Ia sebagai usaha dalam memerangi wabak Covid-19 dan jadikan norma baharu sebagai amalan kita.

“Sentiasa jaga jarak dan SOP demi kelangsungan serta kesejahteraan keluarga. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakyat Malaysia,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI