fbpx

Tun Mahathir mohon maaf langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan Mahathir gagal mengimbas suhu dan MySejahtera ketika memasuki kawasan surau ketika program sumbangan di Langkawi.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak mengambil suhu badan ketika memenuhi program sumbangan di sebuah surau di Langkawi pada Sabtu lalu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pada Sabtu lalu beliau telah pulang ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program untuk menyampaikan sumbangan bulan Ramadan serta Aidilfitri di kawasan Parlimennya.

“Antaranya, sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah.

“Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tindakan tersebut merupakan satu kesalahan dan ia tidak seharusnya berlaku.

“Saya meminta maaf kerana tidak mematuhi SOP dan saya akan menerima tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

“Covid-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat membantu membendung merebaknya penyakit ini,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi dua minit 29 saat di media sosial yang memaparkan bekas perdana menteri itu melanggar kesalahan SOP ketika menghadiri program sumbangan di Langkawi.

Menerusi video berkenaan, Mahathir gagal mengimbas suhu dan MySejahtera ketika memasuki kawasan surau tersebut walaupun disediakan alat pengimbas suhu dan juga kod imbasan MySejahtera. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI