fbpx

PMO nafi keluarkan kenyataan PKP bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri menafikan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam bahasa Inggeris.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini  berkata, pihaknya hanya mengeluarkan kenyataan yang dimaksudkan dalam bahasa Melayu.

“Merujuk kepada kenyataan media Perdana Menteri berhubung pelaksanaan PKP berbahasa Inggeris yang tular dan didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, ingin ditegaskan bahawa pejabat ini hanya mengeluarkan kenyataan yang dimaksudkan dalam bahasa Melayu,” katanya.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman pelaksanakan PKP di seluruh negara berkuat kuasa hari ini hingga 7 Jun depan.

Pengumuman PKP 3.0 itu dibuat menerusi satu kenyataan akhbar berbeza daripada pengumuman PKP 1.0 dan 2.0 sebelum ini yang dibuat menerusi satu perutusan khas di televisyen.

Berikutan pelaksanaan PKP itu, kerajaan melarang aktiviti rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, janji temu vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

Selain itu, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI