JAKARTA – Penularan wabak maut Covid-19 di dunia telah memberi banyak inspirasi kepada pereka fesyen baju raya bagi tema busana Aidilfitri tahun ini.
Menurut laporan Suara.com hari ini, seorang penjual baju di laman beli-belah Shopee Indonesia menawarkan baju raya yang diberi nama Jubah Pocong untuk sambutan Aidilfitri kali ini.
Didatangi dengan dua warna asas iaitu putih dan hitam, jubah tersebut kelihatan seperti jubah biasa namun dilengkapi tudung yang dijahit pada baju yang kelihatan seperti hoodie.
Iklan baju raya itu ternyata mengundang rasa seram pembeli yang merasakan jubah itu kelihatan seperti kain kafan.
“Tema perayaan ini adalah mengingati kematian,” komen seorang netizen.
“Sopan sungguh baju rayanya, boleh dipakai terus hingga hari kiamat,” tulis seorang lagi.
Setakat ini, kemas kini status itu mendapat lebih 117 ribu tanda suka dan ratusan komen warga netizen. – Agensi