fbpx

Serangan udara Israel runtuhkan kediaman 13 tingkat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap tebal dapat dilihat di Gaza selepas pejuang Palestin membedil lebih 300 roket ke arah Israel. - AFP

BAITULMAQDIS – Sebuah blok kediaman 13 tingkat runtuh di Gaza susulan serangan udara Israel, ketika jumlah kematian dalam krisis Sheikh Jarrah meningkat menjadi 31 orang, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Permusuhan antara Israel dan rakyat Palestin di Pinggir Gaza semakin meruncing dengan setiap pihak melancarkan siri pengeboman udara dalam beberapa keganasan terburuk di rantau ini sejak konflik besar terakhir pada 2014. 

Bangunan kediaman 13 tingkat runtuh di Gaza, semalam akibat serangan udara Israel. – Getty

Rakaman menunjukkan rentetan roket yang terbang melalui langit ke atas Israel membuktikan seruan pemimpin dunia untuk negara itu bersikap tenang tidak diendahkan.

Penduduk di kawasan berdekatan mengatakan penghuni di blok itu telah diberi amaran untuk berpindah sekitar satu jam sebelum letupan besar, di tengah-tengah puluhan serangan udara.

Israel melaporkan letupan dan siren lebih 70 kilometer di pantai dari Gaza dengan 28 orang setakat ini dilaporkan maut di Gaza dan tiga di Israel serta ratusan tercedera selama hampir seminggu sejak keganasan bermula.

Menjelang malam, warga Gaza melaporkan rumah mereka bergegar dan langit menyala dengan serangan Israel yang terus-menerus tanpa henti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI