fbpx

Angkara ejekan, pelajar wanita cedera dibelasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas perubatan sedang memberi rawatan kecemasan kepada pelajar tersebut yang berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. /FOTO IHSAN PDRM

 

PETALING JAYA – Gara-gara dituduh mengejek, seorang pelajar perempuan cedera dibelasah dua rakan sekolahnya, dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, pada 4 Mei lalu.

Mangsa yang berusia 13 tahun itu ditemui dalam keadaan lemah sekitar pukul 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, guru sekolah telah menghubungi ibu mangsa untuk memaklumkan kejadian tersebut kira-kira pukul 6.26 petang.

“Sebaik ibunya tiba, mangsa dalam keadaan terbaring dan lemah serta mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Selayang dan dimasukkan ke zon kuning untuk rawatan lanjut,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, siasatan lanjut telah dijalankan dan didapati mangsa dibelasah dua pelajar perempuan dari sekolah yang sama.

“Pergaduhan itu dikatakan berlaku apabila mangsa didakwa mengejek suspek menyebabkannya tidak berpuas hati lalu membelasah mangsa.

“Sehingga kini kita sudah mengenal pasti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu,” ujarnya.

Katanya, kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI