fbpx

‘Saham Tanak’ paling melonjak pada saingan WRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANAK yang memacu jentera Hyundai i20 Coupe WRC sekarang menduduki tangga keempat keseluruhan pada saingan WRC musim ini.

LONDON – Pelumba rali berpengalaman dunia, Ott Tanak mengakui dia mendapat tawaran semua pasukan dalam perlumbaan Kejuaraan Rali Dunia (WRC) sebelum memutuskan untuk me­lanjutkan kontrak bersama pasukan Hyundai Motorsports.

Meskipun juara dunia 2019 tersebut belum mempamerkan taring sebenar musim ini, namun Tanak mengakui dia mahu meneruskan kerjasama bersama Hyundai dalam meneruskan pemburuan gelaran dunia.

Selain Hyundai yang menawarkan kontrak, dua pasukan yang pernah diperkuatnya iaitu Toyota Gazoo Racing dan M-Sport juga menyatakan minat untuk merekrut pemandu berusia 33 tahun tersebut.

“Sebenarnya terdapat perbincangan dengan tiga pasukan pada akhir musim lalu dan awal tahun ini. Bagaimanapun, saya lebih tertarik untuk kekal bersama Hyundai.

“Sebab utama bertahan dan kekal bersama pasukan ini kerana era baharu Hybrid yang akan digunakan dalam perlumbaan WRC. Jadi, ini adalah pilihan terbaik untuk melihat perkemba­ngan jentera yang dilakukan ketika ini,” kata Tanak.

Selain itu, Tanak juga selesa bekerjasama dengan jurutera hebat seperti Christian Loriaux yang berhijrah daripada pasukan M-Sport Ford ke Hyundai.

“Apa yang boleh kata pasukan ini sentiasa bekerja keras untuk menyediakan jentera yang benar-benar kompetitif. Saya gembira kami kekal bersama dan harap kami mampu terus melakukan kejutan musim ini dan tahun seterusnya,” ujarnya.

Selepas tiga pusingan perlumbaan, Tanak yang memacu jentera Hyundai i20 Coupe WRC kini menduduki tangga keempat keseluruhan selepas mengumpul 40 mata apabila meraih kemenangan di Rali Artic Finland.

Pada perlumbaan di Rali Croatia, Tanak sekadar di kedudukan keempat manakala perlumbaan pembukaan di Monte Carlo, Tanak gagal menamatkan saingan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI