fbpx

Wanita tipu kekasih mati balas dendam hubungan sulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loveridge mengadakan majlis pengebumian palsu buat pasangannya sebagai satu tindakan balas dendam terhadap kekasih gelap lelaki itu. - TikTok

LONDON – Seorang wanita menjadi tular dalam aplikasi TikTok apabila berkongsi kisah dia menipu kekasih gelap pasangannya bahawa lelaki itu telah meninggal dunia untuk membalas dendam hubungan sulit mereka, lapor akhbar Mirror semalam.

Thea Loveridge berkata,  dia mengetahui tentang hubungan sulit teman lelakinya selepas melahirkan anak mereka  dan mengambil keputusan merangka rancangan balas dendam paling sempurna.

Teman lelaki Thea terpaksa menjalani hukuman penjara selepas itu.

“Wanita itu pernah menghantar mesej mencari kekasihnya dan saya membalas bahawa dia sudah mati.

“Saya juga mengajak kakak teman lelaki saya untuk mengadakan majlis pengebumian palsu bagi menjadikannya kelihatan seperti benar-benar berlaku,” katanya.

Tambah Loveridge, selepas tiga tahun, wanita berkenaan masih percaya lelaki itu sudah mati dan membuat ucapan menyayat hati setiap kali tibanya tarikh ulang tahun kematian di media sosial.

Perkongsian itu mendapat lebih sejuta tanda suka sejak di muat naik di TikTok dan menerima ribuan komen memuji kebijaksanaan Loveridge mereka komplot balas dendam yang sempurna.

“Jawapan bahawa lelaki itu sudah mati adalah balas dendam paling manis,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI