fbpx

14 kes varian South Africa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 14 lagi kes varian South Africa B.1.351 dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 62 kes positif Covid-19 yang melibatkan varian tersebut di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes tersebut, tujuh kes daripada Kluster Kampung Domis di Kelantan, tiga kes kontak rapat kes aktif di Selangor serta satu kes menjangkiti petugas kesihatan di Kelantan.

Menurutnya, selain itu, dua lagi kes dilaporkan di Kedah dan satu kes membabitkan varian tersebut di Negeri Sembilan dalam Kluster Bangkahulu.

“Jadi kebimbangan kita ialah pertambahan varian dan setakat ini, terdapat empat Variant of Concern (VOC) yang membimbangkan iaitu selain varian South Afrika, tiga lagi ialah varian United Kingdom (UK) B.1.1.7, varian India B.1.617.1 dan varian Brazil.

“Bagaimanapun, setakat ini kita tidak dapat lagi mengesan varian Brazil di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, kewujudan varian tersebut adalah membimbangkan kerana ia boleh menular dengan cepat selain menyebabkan kadar kematian yang tinggi.

“Varian ini semakin merebak dan kita percaya ia telah merebak ke banyak negeri.   Kita harap dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, ia dapat mengawal dan mengelakkan jangkitan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI