fbpx

SOP PKP kini diseragamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Mesyuarat teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyeragaman SOP itu dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat ekoran wujudnya pelbagai bentuk PKP seperti PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.

“Sekarang ini kita buat keputusan hanya satu standard SOP untuk seluruh negara yang melibatkan seluruh kementerian,” katanya pada sidang akhbar khas hari ini.

Beliau berkata, antara perkara diseragamkan termasuklah SOP mengenai aktiviti-aktiviti yang dibenarkan di kawasan PKP, kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi perkhidmatan awam dan swasta serta protokol kesihatan umum.

Katanya, senarai lengkap SOP berkaitan kementerian-kementerian dan maklumat lanjut mengenainya akan dikeluarkan di laman web masing-masing manakala SOP umum boleh dilihat di laman web MKN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI