fbpx

Pasangan kekasih didakwa edar methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Choon King (berbaju putih) dan kekasihnya, Sie Jia (berbaju hijau) dibawa pegawai kastam ke Mahkamah Majistret Kulai atas pertuduhan mengedar dadah Mei lalu

KULAI – Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine, Mei lalu.

Tertuduh, Kok Choon King, 26, dan kekasihnya, Hiu Sie Jia, 32, bagaimanapun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 516 gram dengan menggunakan syarikat perkhidmatan pos.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pejabat kurier, Jalan 1 Park Sac 2, Kawasan Perindustrian I Park, Senai pada pukul 6 petang, 11 Mei lalu.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan bersama Seksyen 32 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati mandatori.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI