fbpx

Perkasakan pemimpin sebelum UMNO kembali terajui negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ucapan Ahmad Zahid di Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli-ahli ahli parti berkenaan agar memperkasakan barisan pemimpin-pemimpin mereka termasuklah golongan pelapis.

Jelas beliau, agenda tersebut perlu dilakukan bagi memastikan wujudnya kesinambungan apabila UMNO kembali ‘menakhodai’ pemerintahan negara ini satu hari nanti.

“Kita harap apa juga yang akan kita lakukan, mesti kita bersatu hati. UMNO adalah parti paling dipercayai.

“Manifesto atau Aku Janji kita tidak pernah dimungkiri dan Insya-Allah ini jugalah yang kita akan perjuangkan, yang kita akan sama-sama teruskan sempena dengan perayaan 75 tahun ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-75 UMNO hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-75 kepada semua ahli UMNO tidak kira sama ada di peringkat akar umbi, cawangan, bahagian dan nasional.

“Tidak lupa juga kepada pendiri bangsa, tokoh-tokoh UMNO yang telah pergi meninggalkan kita.

“Terlalu banyak jasa mereka sehingga UMNO masih boleh bertahan hingga sekarang dengan pelbagai fitnah dan menhan yang kita lalui,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI