fbpx

Jom lapor asnaf di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria (tengah) menunjukkan platform Jom Lapor Asnaf di aplikasi Zakat on Touch yang boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat tentang golongan asnaf di Kedah.

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang golongan asnaf, fakir miskin serta kumpulan mudah miskin yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syeikh Zakaria Othman berkata, maklumat itu boleh dibuat pada bila-bila masa menerusi Jom Lapor Asnaf melalui aplikasi Zakat on Touch.

“Kita minta orang ramai bantu dengan menyalurkan maklumat tentang golongan tersebut termasuk peniaga yang terjejas teruk yang belum dibantu untuk kita bantu,” katanya pada sidang akhbar di Menara Zakat di sini hari ini.

Katanya, selain asnaf dan fakir miskin, golongan mudah miskin yang terdiri daripada mereka yang kehilangan kerja atau perniagaan terjejas secara tiba-tiba juga dalam perhatian LZNK.

“Jumlah golongan mudah miskin ini meningkat sepanjang pandemik Covid-19 ini dan kita akan lihat bantuan mengikut kesesuaian.

“Kumpulan ini biasanya diberikan bantuan sekali beri untuk membantu mereka bangkit semula,” ujarnya.

Menurutnya, penyaluran maklumat daripada penduduk setempat penting kerana ada golongan miskin yang menyembunyikan kesusahan hidup dihadapi mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI