fbpx

87,000 kes aktif jika PKP 3.0 tiada 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara amat perlu kerana situasi semasa wabak Covid-19 pada masa ini adalah kritikal jika lewat ditangani.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, berdasarkan penilaian penularan dengan R naught (Rt) 1.2 pada ketika ini, Malaysia dijangka boleh mencatatkan puluhan ribu kes aktif dengan kebolehjangkitan sehari.

Keadaan pada masa ini juga jelasnya, memerlukan langkah lebih tegas oleh pihak kerajaan dan PKP 3.0 kali ini sebagai usaha pencegahan ekoran peningkatan kes yang begitu mendadak.

“Jika dilihat data nilai penularan itu, negara kita diunjurkan mencatat lebih 87,000 kes aktif pada akhir bulan depan sekiranya tidak dapat dibendung lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Vaksin SinoVac Siap Dikilang Oleh Pharmaniaga Berhad di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adham memberi contoh jumlah katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Kelantan, Melaka, Kedah dan Pulau Pinang semakin penuh diisi.

“Jumlahnya sudah cecah 70 peratus dan ada beberapa hospital di negeri terbabit yang telah penuh lebih 100 peratus apabila berlaku pertambahan ketara pesakit Covid-19,” jelas beliau.

Keadaan itu katanya, menyaksikan negeri-negeri terlibat memerlukan segera sejumlah 1,743 katil ICU berbanding hanya 732 katil sedia ada ketika ini di semua fasiliti kesihatan terbabit.

Beliau turut mengesahkan peningkatan kes dengan majoriti disebabkan penularan sporadik atau tidak jelas diketahui dalam komuniti sekitar 90 peratus melibatkan pesakit warganegara.

“Trend pertambahan kes berlaku hampir semua negeri dan berdasarkan formula Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bagi setiap kes ada potensi antara 10 hingga 30 kontak rapat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI