fbpx

Semakin sarat, Ain Edruce teruja tunggu saat kelahiran bayi sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN dan suaminya, Amirul teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka yang dijangka dilahirkan tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon Ain Edruce yang sedang sarat hamil anak pertamanya dengan usia kandungan memasuki 39 minggu teruja untuk menanti kehadiran si kecil dalam keluarganya.

Ain atau nama lengkapnya Nurulain Edruce, 29, menerusi sebuah video ‘Reels’ dalam Instagramnya sebentar tadi sambil menunjukkan keadaan perutnya yang sudah memboyot.

“Nak masuk minggu ke-39 dah ni. Baby masih gembira, rileks kat dalam tak nak keluar.

“Bila nak keluar ni. Mummy dan daddy teruja sangat dah ni. Amirul kata sanggup tak tido malam nak jaga anak. Tak apa, kita tengok,” tulisnya.

Meskipun dijangka melahirkan pada 22 Mei ini, namun ruangan komen hantaran pengacara itu dihujani dengan doa peminat yang mengharapkan agar Ain menerima kelahiran bayi sulungnya pada 1 Syawal ini.

“Dia nak keluar waktu raya ni,” tulis seorang peminatnya.

April lalu, Ain pernah memberitahu bahawa dia dan suami, Amirul Hafiz masih belum mengetahui jantina bayi mereka kerana setiap kali membuat imbasan dan pemeriksaan, bayi dalam kandungannya akan ‘menyorok’.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan mengumumkan kehamilan pertamanya pada 29 November tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI