fbpx

Kelantan buat persiapan pertambahan pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 30 buah katil diletakkan di PKRC di Gelanggang Seni buat pesakit Covid-19 tahap satu, dua dan tiga yang akan dibuka tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) kelapan di Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan akan dibuka tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melalui perkongsian di laman Twitter berkata, PKRC tersebut hampir siap sepenuhnya dan dilengkapi 30 buah katil bagi pesakit Covid-19 tahap satu, dua dan tiga.

“PKRC Khas Gelanggang Seni ini bakal dilengkapi dengan 30 buah katil perubatan bertujuan menempatkan kes-kes Covid-19 khususnya pesakit tahap tiga,”  katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan negeri telah meluluskan dana sebanyak RM213,000 untuk urusan kelengkapan fasiliti serta sumbangan daripada Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Kerajaan negeri membantu dengan meluluskan RM213,000 untuk 30 katil perubatan yang lengkap dan empat peralatan pemantauan pesakit manakala Tengku Puan Temenggong Kelantan pula mendermakan troli kecemasan dan peralatan ECG kepada PKRC tersebut.

“Semoga segala urusan persiapan dan pelaksanaan dipermudahkan,” tulisnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI