fbpx

Pasang tiga kad raya gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husaini (tiga dari kiri, depan) bersama penduduk bergotong-royong memasang papan tanda kad raya gergasi di Kampung Seri Cheeding malam tadi.

KUALA LANGAT – Penduduk Kampung Seri Cheeding mempunyai daya kreativiti tersendiri membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan memasang tiga papan tanda gergasi kad ucapan Aidilfitri.

Kad bersaiz 3 meter x 4.3 meter itu dipasang di tiga simpang kampung tersebut iaitu Jalan Serindit, Jalan Merbuk dan Jalan Rajawali.

Wakil penduduk, Husaini Shoib, berkata, papan tanda itu dipasang bersama pelita pada malam tujuh likur dalam memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Kita semua pernah melalui Hari Raya Aidilfitri semasa PKP 1.0 dengan kita semua ‘terkurung’ . Tahun ini kita tidak mahu terus menyepi diri sehingga kemeriahan raya tidak terasa.

“Justeru, kami sepakat mengumpul dana RM20 bagi setiap 400 rumah yang ada di kampung ini. Hasilnya, 600 pelita dan tiga papan tanda kad raya berjaya dilakukan menerusi muafakat itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di malam tadi.

Beliau menambah, semangat gotong-royong juga ditunjukkan apabila para penduduk bersama-sama memasang pelita di setiap laluan mengikut SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.

Husaini memberitahu, pemasangan pelita itu juga secara langsung dapat memelihara budaya tradisional masyarakat melayu.

“Apabila kampung terang dan berhias, menonjolkan kemeriahan Aidilfitri sebagai hari kemenangan kita sebagai umat Islam walaupun beraya dalam PKP,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI