fbpx

YSS sumbang 10,000 ekor ayam kepada 5,000 asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Salleh (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan daging ayam kepada penduduk secara agihan berperingkat di kawasan Kuala Kedah semalam.

ALOR SETAR – Yayasan Salleh Saidin (YSS) menyumbangkan sebanyak 10,000 ekor ayam kepada 5,000 penerima daripada golongan asnaf dan fakir miskin dalam Parlimen Kuala Kedah.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, sumbangan itu dilakukan di 50 masjid di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pengkalan Kundor, Anak Bukit dan Kubang Rotan bermula Sabtu lalu hingga semalam.

“Setiap penerima yang mewakili keluarga masing-masing akan menerima dua ekor ayam sebagai persiapan untuk men­yambut hari raya nanti,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengagihkan sumbangan ayam tersebut di pekarangan Masjid Nurul Ehsan di Kubang Rotan di sini semalam.

Katanya, penerima terdiri dari­pada golongan asnaf di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah serta fakir miskin yang disenaraikan oleh pihak masjid.

Selain itu, menurut Mohd. Salleh, YSS juga akan menumbangkan seekor lembu dan agihan daging kepada golongan asnaf yang sakit terlantar akan diagihkan dari rumah ke rumah pada hari ini.

“Sumbangan lain yang diberikan kepada golongan memerlukan itu ialah beras pulut berjumlah 250 kilogram (kg),” ujarnya.

Tambahnya, walaupun nilai sumbangan diberikan tidak seberapa, namun YSS berharap sumbangan itu dapat menggembirakan golongan tersebut terutama pada sambutan Aidilfitri kali ini.

“Sumbangan ayam, daging lembu dan beras pulut ini adalah sumbangan bagi membantu menyediakan keperluan penduduk menyambut lebaran,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI