fbpx

Beli barang persiapan raya antara alasan rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Polis mengesan pengguna jalan raya menggunakan pelbagai alasan tidak munasabah seperti membeli barang untuk menyambut Aidilfitri dan berkunjung ke bank untuk membolehkan mereka merentas daerah atau negeri tanpa surat kebenaran.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, situasi itu dikesan sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terbaharu larangan merentas daerah yang bermula hari ini.

“Bagaimanapun polis tidak mengenakan kompaun sebaliknya mengarahkan individu terlibat berpatah balik.

“Memandangkan salah satu daripada tujuh sekatan jalan raya (SJR) di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bersempadan dengan Nilai, Negeri Sembilan, jadi polis akan perketatkan keluar-masuk pengguna jalan raya,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, masih ramai lagi pengguna jalan menggunakan alasan tidak sepatutnya dan mereka diarahkan supaya berpatah balik.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan kepada orang ramai supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI