fbpx

Ebit Lew hadiahkan khemah baharu untuk KK Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit memasang khemah yang dihadiahkannya kepada Klinik Kesihatan Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dihadiahkan lapan buah khemah ujian Covid-19 oleh penceramah popular, Ebit Lew bagi menggantikan khemah yang dimusnahkan oleh ribut.

Menurut Ebit di laman Facebook, apabila dia tiba di klinik kesihatan tersebut, lokasi ujian wabak tersebut dipenuhi dengan orang ramai ekoran wujudnya banyak kluster baharu.

“Penuh berbaris sampai luar. Kasihan tengok doktor dan jururawat semua. Panas-panas pakai baju peralatan perlindungan diri (PPE).

“Sampai tadi semua doktor tunggu saya. Mereka menangis cakap terima kasih. Ulang kali cakap terima kasih. Saya beri sedikit kata semangat dan doa. Ini ujian kita semua. Allah akan balas setiap kesusahan mereka lalui,” katanya hari ini.

Ebit berkata, dia dihadiahkan kuih raya oleh doktor di klinik kesihatan tersebut.

“Saya kata tiada apa saya bawa ni. Kata mereka lapan buah khemah ini pun teramat bermakna ustaz.

“Tiada apa dibandingkan dengan kerja dan usaha doktor dan semua jururawat, pembantu perubatan di luar sana. Terima kasih ya semua,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI