fbpx

United cipta rekod baharu di EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES meledak gol pertama United selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Villa kelmarin. – AFP

LONDON – Manchester United berjaya memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa pada aksi di Villa Park kelmarin.

Pada aksi berkenaan, United dikejutkan dengan jaringan Bertrand Traore pada minit ke-24 sebelum mereka berjaya mendapatkan tiga gol menerusi Bruno Fernandes, Mason Greenwood dan Edinson Cavani pada babak kedua perlawanan.

Perlawanan berkenaan menjadi satu lagi aksi di mana United bermula perlahan sehingga gawang mereka dibocori terlebih dahulu sebelum bangkit untuk memenangi perlawanan.

Ia adalah kemenangan ke-10 United musim ini di mana mereka ketinggalan tetapi berjaya memenangi perlawanan sekali gus memecahkan rekod semusim di Liga Perdana Inggeris.

Sepanjang 34 aksi musim ini, United hanya berjaya mendahului perlawanan pada aksi separuh masa pertama hanyalah sebanyak tujuh kali sahaja, namun mereka mempunyai rekod yang agak cemerlang di separuh masa kedua apabila mampu meledak 41 gol dan hanya bolos sebanyak 15 kali.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui kejayaan itu pastinya memberikan sedikit suntikan motivasi ketika United bakal berdepan dua kali aksi dalam tempoh tiga hari iaitui berdepan Leicester City dan Li­verpool untuk terus mempertahankan kedudukan tempat ke­dua ketika ini.

“Kemenangan ini sangat pen­ting buat kami. Ia mungkin sedikit melegakan tekanan yang kami hadapi sekali gus memberikan keyakinan untuk kami berdepan perlawanan berikutnya.

“Kami sedar ia bukan mudah kerana dua perlawanan selepas ini akan menguji kekuatan fizikal dan mental tetapi kami sudah bersedia untuk menghadapinya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI