fbpx

Enam kawasan ditamatkan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam kawasan seperti yang dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di semua kawasan terbabit.

“Maahad Tahfiz Al-Azhari (MTAZ), Machang, Kelantan serta Kampung Bangkahulu, Gemas Negeri Sembilan ditamatkan hari ini, lebih awal daripada dijadualkan.

“Manakala PKPD yang dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman dan PPR Batu 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah; Kompleks Abedon Bumiwealth, Kolopis & Tanaki), Kinabatangan, Sabah serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian, Sibu, Sarawak ditamatkan esok seperti dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI