fbpx

Wanita Vietnam rasuah polis RM5,000 didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ngo Thi Ngoc Thu dihadapkan di mahkamah atas tuduhan merasuah seorang pegawai polis di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang wanita Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merasuah seorang pegawai polis sebanyak RM5,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak pada 23 April lalu.

Tertuduh, Ngo Thi Ngoc Thu, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai seorang kontraktor pemasangan jubin itu didakwa merasuah Inspektor Louis Moh Chung Wen dengan wang tunai sebanyak RM5,000.

Suapan itu sebagai dorongan untuk melepaskan dua pekerjanya yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Vietnam, iaitu Nguyen Van Minh dan Tran Tuan Anh.

Kedua-dua individu berkenaan ditahan polis kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah dan surat kebenaran rentas negeri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Tangkak, pada pukul 2.15 petang, 23 April lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI