fbpx

17 individu ‘patah kaki’ sambut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasan menunjukkan bahagian enjin salah sebuah kereta disita yang telah diubah suai di IPK Melaka, di sini hari ini.

MELAKA – Seramai 17 individu terpaksa menyambut Hari Raya tanpa kenderaan masing-masing selepas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri menyita kesemua motosikal dan kereta yang dibawa dalam operasi bersepadu dijalankan minggu lalu.

Kesemua enam buah kereta jenis Honda Civic ditahan dalam Op Samseng Jalanan, manakala 11 buah motosikal pelbagai jenis disita dalam Ops Bising sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua JSPT Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sitaan tersebut merupakan hasil tiga operasi bersepadu dan penahanan 30 individu termasuk 17 lelaki Melayu berusia antara 17 tahun hingga 30-an.

“Pada Jumaat lalu kita telah menahan enam individu selepas dipercayai berlumba haram di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) kira-kira pukul tiga pagi dan kesemua kenderaan jenis Honda Civic telah disita.

“Kita juga telah mengadakan Ops Bising dan menahan 15 buah motosikal termasuk pelajar sekolah menengah yang merempit di kawasan Ayer Keroh, Tanjung Minyak dan Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ),” katanya pada sidang akhbar di IPK Melaka, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Tambahnya, JSPT telah mengeluarkan keseluruhan sebanyak 87 saman dalam ketiga-tiga operasi tersebut membabitkan pelbagai kesalahan termasuk nombor pendaftaran, ubah suai ekzos dan aksesori, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran.

“Saman tertinggi dikeluarkan melibatkan motosikal yang disita iaitu melebihi enam saman dengan kebanyakannya terdiri daripada jenis Yamaha Ysuku.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI