fbpx

Dua ketua kumpulan tali barut Abu Sayyaf diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani menunjukkan gambar individu dipercayai terbabit kumpulan militan dalam operasi khas di hutan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort Sabtu lalu.

KOTA KINABALU – Polis Sabah menahan lapan individu termasuk dua ketua kumpulan kecil kumpulan militan Abu Sayyaf (ASG) membabitkan serbuan di kawasan hutan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort Sabtu lalu.

Dalam operasi pukul 3 pagi itu, semua 37 individu berkenaan ditahan selepas disyaki menggunakan resit pengenalan sementara palsu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, operasi khas itu dijalankan berdasarkan perkongsian maklumat daripada pasukan keselamatan negara jiran Filipina.

“Serbuan dijalankan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan kesemua individu yang ditahan adalah merupakan warga Filipina membabitkan lapan lelaki dan lapan wanita serta 21 kanak-kanak.

“Lapan yang ditahan terbabit dengan kumpulan militan Abu Sayyaf, dua lagi tersenarai sebagai orang dikehendaki kerajaan Filipina manakala dua daripada mereka adalah tersenarai sebagai orang dikehendaki oleh kerajaan Filipina dan merupakan ‘sub leader’ ASG.

“Kedua-dua mereka ini pernah terbabit dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Marin Filipina di Bud Bawis Complex, Panama Sulu, pada 2011, 2018, 2019 dan terbaru pada November 2020 serta turut terbabit dalam beberapa kes penculikan warga asing di Filipina,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Hazani memaklumkan semua individu berkenaan dipercayai melarikan diri masuk ke negeri ini ekoran
pasukan keselamatan Filipina membanteras kegiatan kumpulan militan terbabit di negara jiran.

“Kumpulan ini dikenal pasti hanya terbabit dalam kes pertempuran dengan pihak berkuasa negara jiran dan tiada kaitan dengan sebarang kes penculikan di perairan Sabah. Semua individu terbabit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.

“Sasatan menjurus kepada beberapa persoalan termasuk sama ada sebarang senjata api dibawa selain sebab utama masuk ke negeri ini selain mengenalpasti wujud sel tersendiri membabitkan kumpulan Isis dan ASG di Sabah. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Sementara itu, Hazani menyatakan beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah memantau kawasan paya bakau atau perumahan setinggan bagi mengenalpasti sama ada berkaitan dengan kumpulan ini.

Beliau berkata, semua ketua kampung dan ketua penempatan turut diminta membantu mengenalpasti individu-individu baharu yang tinggal di kawasan masing-masing.

“Kita mengenalpasti sebanyak 624 penempatan setinggan di Sabah bagi memastikan tiada mana-mana daripada kumpulan ini menjadikannya sebagai tempat bersembunyi,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI