fbpx

Lagi 366 kenderaan tidak lepas masuk Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sebanyak 366 buah kenderaan diarahkan agar berpatah balik ketika cuba masuk ke negeri Kelantan menerusi tiga sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri ini hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, jumlah itu sekali gus menjadikan jumlah kenderaan yang telah diarah berpatah balik sebanyak 1,426 kenderaan sejak semalam.

Menurutnya, sehingga pukul 8 pagi tadi, jumlah kenderaan yang masuk ke Kelantan dilihat semakin berkurangan berbanding semalam.

“Ini mungkin kerana mereka sudah tahu tindakan polis yang mengarahkan pemandu berpatah balik jika tiada surat kebenaran rentas negeri.

“Berdasarkan pemeriksaan, pemandu yang diarahkan berpatah balik didapati ada yang memalsukan surat rentas negeri bagi tujuan merentas negeri untuk balik beraya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sehubungan itu, Shafien berkata, polis akan memperketatkan sekatan di SJR di Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang bagi memastikan agar tiada sebarang kemasukan ke Kelantan tanpa kebenaran.

Tambahnya, beliau tidak menyangka ada banyak cubaan perantau untuk masuk ke Kelantan untuk menyambut Syawal di kampung halaman meskipun tahu larangan rentas negeri ketika ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI