fbpx

Sri Pahang tambah derita Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sri Pahang berjaya mencuri tiga mata ketika bertemu Perak FC dengan kemenangan 3-2 sebentar tadi.

IPOH – Luka Perak FC bertambah parah apabila kecundang 2-3 di tangan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam ini.

Aksi babak pertama menyaksikan pasukan Perak FC menguasai permainan selama 30 minit tetapi gagal menyudahkan peluang-peluang yang dicipta.

Sri Pahang lebih bernasib baik apabila berjaya merobek gol menerusi jaringan Aung Kaung Mann pada minit ke-35.

Babak kedua Pahang menyerang bertalu-talu dan menambah derita tuan rumah pada minit ke-57 apabila Kenjol Wal Athiu rembat dari jarak dekat untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Bagaimanapun, penalti yang disempurnakan Leandro Dos Santos menghidupkan sisa peluang pada minit ke-67.

Namun, Atthiu menjaring gol ketiga Pahang pada minit ke-87 untuk menguburkan impian Perak bangkit mencuri mata.

Careca bagaimanapun meledak gol kedua pasukan tuan rumah pada masa kecederaan tetapi kedudukan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, The Bos Gaurus juga difahamkan bakal berdepan hukuman berikutan balingan suar ke dalam padang oleh peminat di minit-minit akhir perlawanan . – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI