PETALING JAYA – Syarikat e-hailing, GOJO menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus keatas tambang perjalanan bagi para pelanggannya yang keluar untuk mendapatkan vaksin.
Ketua Pegawai Kewangannya, Pradeep Kumar berkata, inisiatif itu adalah sebahagian usaha syarikat untuk menyokong program vaksinasi bagi memutuskan rantaian Covid-19.
“Tawaran diskaun ini bertujuan membantu golongan B40 terlibat dalam program vaksinasi kerajaan dan membantu mereka membuat tempahan perjalanan lebih awal bagi memastikan mereka tidak terlepas temu janji mendapatkan vaksin.
“GOJO dan para pemandu amat berbangga terlibat dalam program vaksinasi ini dan kami menyokong sepenuhnya program tersebut berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan semalam.
Selain itu, Pradeep menerangkan, syarikat juga menawarkan ciri tempahan awal yang mana individu boleh membuat tempahan lebih awal sebelum dari waktu temu janji vaksinasi bagi memastikan mereka tidak terlepas untuk sesi vaksinasi yang telah ditetapkan.
Jelas beliau, bagi menikmati tawaran istimewa tersebut, mereka hanya perlu memuat turun GOJO iaitu aplikasi e-hailing perjalanan dan gunakan kod promo VAKSIN untuk mendapatkan potongan harga bagi setiap perjalanan.
Syarikat itu kini telah menjadi aplikasi e-hailing yang paling pesat berkembang di Malaysia dengan mencatatkan 160,000 muat turun daripada pelanggan dan pemandu.
Untuk tempahan sila layari http://onelink.to/gojovaksin