fbpx

Doakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini diminta supaya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara Islam di Palestin yang kini berdepan ancaman terbaharu Israel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, umat Islam perlu bersatu dan menyokong perjuangan dilakukan rakyat Palestin.

Beliau berkata, serangan yang ditujukan ke atas rakyat Palestin yang tidak bersenjata dengan bom, peledak gas dan peluru getah adalah pelanggaran secara terang-terangan dan dianggap biadab serta tidak dapat diterima.

“Saya dengan tegas mengutuk penjajahan paksa oleh Israel termasuk tindakan menyerbu pekarangan Masjid Al-Aqsa serta serangan terang-terangan terhadap jemaah Palestin ketika bulan mulia ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengusiran secara paksa rakyat Palestin dari kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis juga adalah pelanggaran yang jelas terhadap kesahihan antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.

Zulkifli berkata, beliau merayu kepada masyarakat antarabangsa, termasuk organisasi hak asasi manusia, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Negara-negara Arab dan seluruh dunia Islam untuk bertindak sekali gus melindungi Palestin dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Menurutnya, Palestin akan kekal sebagai sebuah negara Arab, dengan Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu kotanya.

“Perjuangan Palestin adalah perjuangan kita dan perjuangan umat Islam di seluruh dunia sehingga kemenangan dan pembebasan dicapai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI