fbpx

Harimau Kumbang manfaat tempoh rehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON (tengah) cuba melakukan rembatan sambil dihalang dua pemain Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang malam kelmarin. – JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

PENANG FC akan memanfaatkan tempoh rehat selama dua bulan sehingga Julai depan untuk membaiki kelemahan pasukan selepas berdepan kekalahan pertama di laman sendiri ketika menentang Johor Darul Ta’ zim (JDT) malam kelmarin.

Penolong ketua jurulatihnya, Manzoor Azwira Abd. Wahid berkata, barisan kepimpinan skuad Harimau Kumbang sedaya upaya merawat prestasi jentera serangan sekali gus membaiki keyakinan pemain bagi mengharungi baki saingan Liga Super 2021.

Menurut beliau, pihaknya terpaksa menerima hakikat dengan kekalahan besar itu termasuk ketika menentang pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) 4 Mei lalu.

“Kita kalau boleh hendak dapatkan tiga mata selepas tewas dengan KL City minggu lalu dan cuba mengekalkan rekod tanpa kalah pada perlawanan di tempat sendiri.

“Tetapi semua sudah tahu bahawa kualiti pasukan Harimau Selatan yang lebih baik dalam kancah Liga Super.

“Bagaimanapun, dengan masa yang ada, kita akan cuba memperbaiki kelemahan pasukan menerusi latihan yang bakal diadakan nanti.

“Harap para pemain dapat memberi tumpuan pada aksi yang akan datang selain me­nimba pengalaman daripada perlawanan lepas,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Skuad Harimau Kumbang kini menduduki tangga keempat liga dengan meraih 22 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI