fbpx

Mental kuat bantu Chelsea menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 mengatasi City pada aksi di Etihad awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel gembira selepas skuad kendaliannya menang 2-1 ke atas Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi semalam.

The Blues menjaringkan gol menerusi Hakim Ziyech dan Marcos Alonso sementara Raheem Sterling menjadi penjaring tunggal buat skuad The Citizens.

Kata Tuchel, Chelsea bernasib baik tidak ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama apabila sepakan penalti Sergio Aguero diselamatkan penjaga gol, ­Edouard Mendy.

“Kami sangat bertuah tidak ketinggalan 0-2 selain tidak me­nunggu masa lama untuk menya­makan kedudukan. Tidak ada kesilapan taktikal untuk gol pertama City kerana Andreas (Christensen) tergelincir.

“Adakah kami boleh tewas dalam empat minit terakhir separuh masa pertama? Ya, boleh tetapi saya gembira Mendy
bijak mengawal gawangnya,” katanya.

Pada masa sama, bekas jurulatih Borussia Dortmund itu percaya pemain-pemainnya menun­jukkan kekuatan mental yang tinggi untuk bangkit meledak dua gol pada separuh masa kedua.

“Ketika waktu rehat, saya gesa semua pemain meng­ang­gap per­la­wanan masih 0-0. Mentaliti ka­mi berubah dan bermain le­bih menyerang serta mampu memegang lebih banyak bola,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI