fbpx

3,733 kes baharu hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 3,733 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Kes Covid-19 baharu hari ini menurun ke angka 3,733 menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kini 440,678 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan angka tertinggi melebihi 1,000 dengan 1,278 kes diikuti oleh Sarawak sebanyak 454 kes dan Johor sebanyak 365 kes.

“Seterusnya ialah Kuala Lumpur (338 kes), Pulau Pinang (280 kes), Kelantan (254 kes), Negeri Sembilan (205 kes), Kedah (176 kes), Pahang (100 kes), Perak (80 kes), Melaka (66 kes), Sabah (61 kes) dan Terengganu (49 kes).

“Putrajaya pula dengan 20 kes, Labuan (enam kes) dan  Perlis pula merekodkan satu kes baharu,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI