fbpx

Pelajar terima surat amaran berhenti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dirakam Ain yang dimuat naik ke laman Twitter.

PETALING JAYA – Seorang pelajar sekolah yang mendedahkan isu lawak rogol oleh guru di sekolahnya baru-baru ini telah menerima surat amaran pertama untuk diberhentikan setelah tiga hari tidak hadir ke sekolah.

Pelajar yang bernama Ain itu berkata, dia menerima surat amaran berhenti sekolah dari sekolahnya kerana tidak datang ke sekolah sebanyak tiga hari.

Lebih mengejutkan, surat itu diterima pada hari yang sama bapanya berjumpa dengan pengetua sekolah tersebut.

“Saya menerima surat tersebut pada hari ayah saya berjumpa dengan pengetua sekolah. Dia berkata bahawa dia menyokong apa yang saya lakukan ketika itu. Namun, itulah yang berlaku pada hari yang sama.

“Saya tidak tahu, saya bersangka baik kemungkinan yang menghantar surat amaran ini adalah guru yang lain. Tetapi, saya tidak mahu membuat apa-apa andaian,” ciapnya di laman Twitter.

Terdahulu, terdapat satu komen di Facebook dipercayai menghina Ain yang menggunakan akaun Facebook pengetua sekolah tersebut.

Namun, ada pihak yang mengatakan bahawa komen di Facebook itu bukanlah dari pengetua tersebut, tetapi dari anaknya yang dipercayai autisme.

Seorang pengguna Twitter, @CoriOkada, berkata, di Malaysia, amat sukar untuk melakukan perkara yang benar. Ramai dari kami mengalah dan keluar dari negara. Kita semua mahukan yang terbaik untuk Malaysia tetapi kita perlu lawan dengan cara kita sendiri.

“Untuk pengetahuan, pelajar ini tidak patut dibuang kerana beritahu perkara yang betul. Ada sesuatu yang sangat salah dengan kebanyakan pendidik di negara kita,” ciap @redphoenixmasz.

Terkini, tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace sudah mencapai 1 juta perkongsian di laman Twitter dan juga ‘trending’ kerana semakin ramai pengguna Twitter menyokong tindakan Ain tentang kesedaran untuk berasa lebih selamat di sekolah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI