fbpx

Pengawal keselamatan maut kemalangan dengan jentera berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan membabitkan seorang maut di kilometer dua, Jalan Bahau-Rompin, di sini, pagi tadi.

JEMPOL – Seorang pengawal keselamatan maut susulan terbabit dalam nahas dengan jentera berat di kilometer dua, Jalan Bahau-Rompin, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, mangsa, Mohamad Syawal Redzwan, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik susulan kecederaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu jenteta berat JCB yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun dan motosikal jenis Yamaha yang ditunggangi mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu jentera berat dari arah Bahau menuju ke Kampung Pah Kah Choon. Apabila sampai di lokasi kejadian, semasa pemandu berkenaan ingin membelok ke kanan, tiba-tiba datang motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah belakang.

“Mangsa dipercayai cuba memotong jentera tersebut dan telah melanggar dibahagian sisi kanan jentera berat berkenaan. Akibat daripada kemalangan, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI